“Suprise Nek Eton: Sambutan Hari Jadi ke-70 yang Penuh Kasih di AVSCC”

Pada 17 Julai 2025, suasana AVSCC Tiara berubah menjadi pesta kasih sayang apabila staf dan keluarga berganding bahu menjayakan sambutan ulang tahun ke-70 buat Nek Eton. Majlis turut meraikan 3 staf yang lahir pada bulan Julai, lengkap dengan nasi minyak, kek tiga tingkat dan air mata kegembiraan. Inilah bukti bahawa AVSCC bukan sekadar pusat penjagaan — ia adalah rumah yang penuh cinta.

PENJAGAAN WARGA EMAS

Dr Shahir Nadzir

7/19/20252 min read

"Nenek Zaiton Dapat Kejutan Hari Jadi ke-70 di AVSCC!"

Sambutan Penuh Air Mata & Gelak Tawa Warnai Majlis Istimewa 16 Julai

Tiara Sendayan, 16 Julai 2025 – Suasana di Alexa Villa Senior Care Centre (AVSCC) pagi Rabu itu berubah menjadi meriah dan penuh emosi apabila para staf bersama ahli keluarga Nenek Zaiton berjaya menganjurkan majlis kejutan hari jadi ke-70 buat beliau yang mesra dipanggil Nek Eton.

Apa yang lebih istimewa, majlis turut meraikan tiga lagi staf AVSCC yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Julai — menjadikan sambutan ini bukan sahaja meriah tetapi penuh erti kekeluargaan!

Nek Eton Tak Sangka!

Nek Eton yang kelihatan sebak dan tersentuh apabila memasuki ke ruang makan utama yang telah dihias penuh warna dan pelbagai hidangan yang enak.

“Saya ingatkan sarapan macam biasa... tapi bila dengar semua nyanyi lagu birthday, terus saya rasa nak menangis,” katanya sambil mengesat air mata.

Juadah Ditaja Keluarga, Kek dari AVSCC

Majlis yang berlangsung sekitar jam 10 pagi itu diserikan dengan lauk nasi minyak yang ditaja oleh ahli keluarga Nek Eton sendiri, lengkap dengan ayam masak merah dan acar rampai. Kek tiga tingkat bertema bunga ros pula merupakan tajaan khas dari pihak pengurusan AVSCC.

“Kami mahu jadikan hari ini kenangan paling manis buat Nek Eton dan semua yang lahir bulan Julai,” kata Puan Hayati, Pengurus AVSCC Tiara.

Staf Sama Naik Gembira

Tiga orang staf AVSCC — Kak Salwa, Najwa dan Farhana — turut diraikan dalam majlis ini. Mereka menerima pelukan hangat daripada warga emas yang mereka jaga saban hari.

“Rasa dihargai sangat! Tak sangka dapat sambut sekali dengan Nek Eton yang kami semua sayang,” ujar Cik Intan sambil tersenyum lebar.

AVSCC: Penjagaan Yang Penuh Kasih

Majlis seperti ini membuktikan bahawa AVSCC bukan sekadar pusat penjagaan, tetapi sebuah rumah kedua yang mengutamakan nilai kekeluargaan dan kasih sayang.

“Kami percaya, setiap warga emas layak diraikan. Umur hanyalah angka – kasih sayang tak pernah tua,” kata salah seorang staf AVSCC.

Selamat Hari Jadi buat Nek Eton & semua July babies!
Semoga terus sihat, ceria, dan diberkati selalu. 🎈💐

"Mak dah mula lupa makan ubat… Ayah makin susah nak bangun dari katil…"
Ini bukan sekadar tanda penuaan.
Ini isyarat mereka perlukan penjagaan yang lebih baik, lebih selamat… dan lebih bermakna.

🌿 Jom Masuk Alexa Villa – Pusat Jagaan Mesra Muslim! 🌿
Di sini, ibu ayah anda dijaga dengan kasih sayang, berlandaskan Islam, dan oleh pasukan yang benar-benar prihatin.

✅ Pengasingan lelaki & wanita
✅ Penjagaan 24 jam oleh staf berpengalaman
✅ Aktiviti harian untuk minda & tubuh
✅ Solat berjemaah, tazkirah & suasana tenang

💰 Yuran bulanan: RM2,300 – RM2,500 sahaja
📍 Lokasi: Sendayan, Negeri Sembilan

🎯 Tempat TERHAD – Rebut peluang sebelum penuh!
📲 WhatsApp kami sekarang: 018-661 4856