Tanda-Tanda Ibu Bapa Perlukan Penjagaan Tambahan
Perubahan kecil dalam tingkah laku warga emas boleh menjadi isyarat besar bahawa mereka perlukan penjagaan tambahan. Ketahui tanda-tandanya dan bagaimana anda boleh bantu sebelum terlambat. π‘ Penjagaan penuh kasih. Persekitaran Selesa. Pasukan profesional dan mesra
PENJAGAAN WARGA EMAS
Dr. Shahir Nadzir
2 min read


Tanda-Tanda Ibu Bapa Perlukan Penjagaan Tambahan
Semakin usia ibu dan bapa meningkat, keperluan mereka turut berubah. Dalam kesibukan rutin harian, kita mungkin tidak menyedari perubahan kecil yang menunjukkan mereka perlukan lebih perhatian dan bantuan. Di Alexa Villa Senior Care Centre (AVSCC), kami percaya bahawa setiap warga emas berhak menikmati kehidupan yang selesa, selamat dan bermakna β dan semuanya bermula dengan kesedaran dari ahli keluarga.
Berikut adalah beberapa tanda-tanda utama bahawa ibu bapa anda mungkin sudah memerlukan penjagaan tambahan atau profesional:
1. Perubahan Dalam Penjagaan Diri
Jika mereka mula mengabaikan kebersihan diri, tidak mandi seperti biasa, atau pakaian tidak bersih β ini mungkin tanda mereka memerlukan bantuan dalam aktiviti harian asas.
2. Sukar Bergerak atau Kerap Jatuh
Warga emas yang sukar bangun dari katil, berjalan dengan tidak stabil, atau mengalami jatuh walaupun dalam rumah β memerlukan pemantauan dan sokongan untuk mengelakkan kecederaan serius.
3. Kehilangan Berat Badan Secara Mendadak
Perubahan berat badan tanpa sebab jelas boleh menandakan mereka terlupa makan, tidak berselera atau mengalami masalah kesihatan tersembunyi.
4. Kekeliruan atau Lupa Yang Berulang
Sering lupa makan ubat, mengulang soalan sama, atau tersesat di kawasan biasa adalah tanda-tanda awal dementia atau masalah kognitif.
5. Rumah Tidak Terurus
Jika rumah yang dahulunya kemas kini kelihatan kotor, dapur bersepah, atau barang tidak disimpan dengan selamat β ini menunjukkan mereka mungkin tidak lagi mampu mengurus sendiri.
6. Perubahan Emosi dan Sosial
Menjadi cepat marah, pendiam, murung atau menjauhkan diri daripada ahli keluarga dan rakan β boleh menandakan kesunyian, kemurungan atau rasa tidak berdaya.
Bila Perlu Bertindak?
Jika anda mula melihat satu atau lebih daripada tanda-tanda di atas, sudah tiba masanya untuk pertimbangkan penjagaan tambahan. Ini bukan soal menyerahkan tanggungjawab, tetapi soal memberi kehidupan yang lebih baik dan selamat kepada insan tersayang.
Di Alexa Villa Senior Care Centre, kami menyediakan persekitaran Islamik yang profesional dan penyayang untuk ibu bapa anda β dari penjagaan harian, pemantauan kesihatan hingga aktiviti sosial yang bermakna.
π¬ Bimbang tentang ibu bapa anda? Dapatkan nasihat percuma daripada pasukan kami.
"Mak dah mula lupa makan ubatβ¦ Ayah makin susah nak bangun dari katilβ¦"
Ini bukan sekadar tanda penuaan.
Ini isyarat mereka perlukan penjagaan yang lebih baik, lebih selamat⦠dan lebih bermakna.
πΏ Jom Masuk Alexa Villa β Pusat Jagaan Mesra Muslim! πΏ
Di sini, ibu ayah anda dijaga dengan kasih sayang, berlandaskan Islam, dan oleh pasukan yang benar-benar prihatin.
β
Pengasingan lelaki & wanita
β
Penjagaan 24 jam oleh staf berpengalaman
β
Aktiviti harian untuk minda & tubuh
β
Solat berjemaah, tazkirah & suasana tenang
π° Yuran bulanan: RM2,300 β RM2,500 sahaja
π Lokasi: Sendayan, Negeri Sembilan
π― Tempat TERHAD β Rebut peluang sebelum penuh!
π² WhatsApp kami sekarang: 018-661 4856

